Popular Posts

Wednesday 16 May 2012

"LAPAN TANDA JODOH ANDA"



Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti 

memiliki ikatan emosional,spiritual dan fizikal antara 

kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau 

mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran 

dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah 

seperti itu?

Jadi, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat 

merasakan bahawa si dia jodoh(soulmate) kita atau bukan?




jodoh dan pertemuan di tentukan Tuhan.....semoga hubungan ini sentiasa di restui-Nya


Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia 
hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling

berkerjasama. Kamu dan dia selalu  saling membantu,


 dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah


 kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek


kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya


 terasa amat menyenangkan meskipun tanpa 


melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan


 perkara tersebut? 

Jika ya, SELAMAT..  kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai 

atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan 

adalah kemampuannya bersikap bersahaja 

didepan kamu.Cuba sekarang perhatikan, apakah 

gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya 
 
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya 

menunjukan apa ada padanya? Apakah setiap 

ucapannya selalu tampak spontan dan tidak 

dibuat-buat?

 jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh

 kamu!


Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua 

dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia 

dapat saling membaca fikiran dan menduga 

 reaksi serta perasaannya satu sama lain pada 

situasi tertentu. 

Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian 

kamu...


Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi 

tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam 

bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat 

kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua 

kelak,akan saling terikat.


Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. 

Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati 

kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan

 yang berjodoh pasti  tak takut mengalami 

pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang,

 ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang 

datang memberi bantuan tatkala kamu
dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi 

kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit?  
Jika ya, taksalah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu,

 dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama 

kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu 

menceritakan masa lalunya... 

Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap 

 menerima kamu seadanya..



Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak

 malu-malu perlihatkannya pada sidia. Bahkan pada 

saat kamu tampil 'buruk' didepannya sekalipun, 

misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit 

dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan 

sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan 

dan kekurangannya... 

Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk 

bersama!



Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat 

ditangannya dari pada ditangan sahabat-sahabat kamu

 yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat 

lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! 

Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu ketemu!!!!! insyaALLAH...



Apakah kelapan petanda di atas telah kamu 

laluinya? 

Tepuk dada tanya hati.......

DIPETIK DARI:FORUM UKHWAH

Tuesday 15 May 2012

Apa Yang Wanita Harapkan


Perasaan wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah, menyebabkan dia lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada disebelahnya menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula. Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami dirinya.

Apa Yang Wanita Harapkan

  • Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.
  • Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.
  • Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.
  • Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.
  • Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai.
  • Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.
  • Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa.
  • Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.


Saturday 5 May 2012

Lelaki idaman saya...



Lelaki idaman saya adalah...
 
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata  benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...
 
Lelaki idaman saya adalah...
 
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...
 
Lelaki idaman saya adalah...
 
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...
 
 
Lelaki idaman saya...
 
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...
 
Lelaki idaman saya...
 
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
 
Lelaki idaman saya...
 
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...
 
Lelaki idaman saya adalah...
 
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...